Friday, June 10, 2011

Pertandingan Menulis Sinopsis Aku Mahu_ Kak Ain Maisarah

Assalamualaikum.,

Hmm., aku tengah fikir nih. Nak ke tak nak? Nak ke tak nak? Nak apa? Nak masuk Pertandingan Menulis Sinopsis Aku Mahu , la! Huh? Kak Ain Maisarah yang anjurkan..
Kak Ain Maisarah sekarang, mmang kreatif la. Aku dapat tahu dari blog dan FB diee. Aku ada cedok beberapa maklumat pasal pertandingan tuh. Baca di bawah ni ;

IDEA MENJADI NOVEL
Ramai rakan Facebook mencadangkan idea kepada AinMaisarah agar dapat dijadikan novel. Oleh itu hari ini AinMaisarah membuka seluas-luasnya peluang untuk para pembaca mencadangkan idea melalui pertandingan menulis sinopsis novel Aku Mahu. Pemenang akan menerima hadiah dan ideanya akan dinilai untuk dijadikan novel.

SINOPSIS AKU MAHU
Apa yang perlu anda buat? Cari idea cerita untuk novel Aku Mahu yang seterusnya. Cadangkan satu tajuk baru dalam siri "Aku Mahu". Contohya, Aku Mahu Ke Bulan. Kemudian karangkan sinopsis yang menceritakan keseluruhan idea cerita "Aku Mahu Ke Bulan" tersebut dalam 350-450 patah perkataan. Hantarkan kepada editor kami di sinopsisakumahu@gmail.com beserta butiran diri. Itu sahaja.

TIP SINOPSIS YANG BAIK
Sinopsis mesti ditulis menggunakan bahasa melayu dan panjangnya mestilah dalam 350-450 patah perkataan. Sinopsis adalah ringkasan cerita kepada sebuah novel. Ia memberikan gambaran penuh keseluruhan cerita yang bakal dijadikan novel. Sinopsis ini menceritakan semua elemen penting, rahsia dan kejutan yang bakal ditulis ke dalam novel. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Terangkan idea-idea hebat, keunikan tema, kelainan yang menjadikan cerita anda ini bakal disukai pembaca. Paling penting sinopsis ini mesti mempengaruhi editor supaya menerbitkan novel kita. Opps lupa pula, dalam sinopsis tiada dialog.

WATAK-WATAK
1.       Watak-watak mestilah pelajar Sekolah Sri Bangsar.
2.       Boleh menggunakan watak-watak yang telah dicipta oleh AinMaisarah.
3.       Boleh menggunakan watak-watak lain ciptaan sendiri.
4.       Tidak boleh mengubah atau mematikan watak yang sedia ada.
PEMILIHAN PEMENANG
Pemenang akan dipilih melalui pengiraan markah oleh juri awam dan juri khas. 40% daripada juri awam iaitu terdiri daripada semua rakan Facebook AinMaisarah. 60% daripada 3 orang juri khas, editor kanan, AinMaisarah dan Pengurus AinMaisarah.

HADIAH PERTANDINGAN
Pemenang pertama : Buku PTS bernilai RM200
Pemenang kedua : Buku PTS bernilai RM100
Pemenang ketiga : Buku PTS bernilai RM50

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Pertandingan ini bolehdisertai oleh semua orang tidak mengira umur, bangsa atau kewarganegaraan. Paling penting, sinopsis ini ditulis di dalam bahasa melayu dan tidak menggunakan perkataan-perkataan singkat seperti bahasa SMS. Contohnya : dgn, spt, sy dan pelbagai perkataan singkat lagi.

RINGKASAN MAKLUMAT PERTANDINGAN
Tarikh tutup : 6 Jun 2011
Tarikh undian : 7 Jun hingga 10 Jun
Tarikh umum pemenang : 12 Jun 2011
Hantarkan sinopsis dalam melalui emel peribadi anda kepada sinopsisakumahu@gmail.com
Sertakan juga maklumat peribadi berikut :
§                                 Nama Penuh :
§                                 Alamat Penuh :
§                                 Umur :
§                                 No Telefon :
§                                 Tajuk Novel :
                        Sinopsis:

      So, aku rasa.. Tak salah mencuba, kan? Walaupun penyertaan dah ditutup.. Doakan aku tau ! Semoga aku tak buat hangat-hangat tahi ayam. Semoga aku buat dengan bersungguh dan akhirnya berjaya.. Aminn... :) (Tapi aku dapat tahu yang, bulan 12 nnti, ada lagi. So, baik aku buat sekarang! Nnti, bila dah tiba(walaupun lama lagi) saat tuh, aku hantar je la.. Heheh)

      Thanks! Assalamualaikum.. :D